Sunday 8 May 2016

Bab 3 Kerana Dia Suamiku by...Cahaya Ainn


"Masuk!"
          "Wei, sibuk ke?" Alia menolak pintu tersebut sebelum masuk ke dalam pejabat.
          Julia mengangkat kepala sebelum kembali pada kertas di hadapannya. "Amboi... Sibuk sangat ke?" Alia menarik kerusi lalu duduk.
          Julia masih tekun menanda tugasan para pelajarnya. "Kejap, bagi aku dua minit." Julia masih sibuk menanda.
          "It's okay. Take your time." Alia memusingkan kerusi itu menghala ke belakang. Memandang bingkai gambar yang tergantung pada dinding. Gambar ketika Julia menerima ijazah pertamanya.
          "Okey, siap. Ha, apa hal kau datang sini?" Julia menyandarkan tubuh ke kerusinya.
          Alia memusingkan kembali tubuhnya ke arah Julia. "Ni gaya macam tak suka aku datang lepak sini aje... " Alia bersuara seolah-olah merajuk.
          Julia mencebik. "Ya, Cik Lia sayang intan payung, nak apa datang sini?" Julia menjulingkan bebola matanya. Alia ketawa. "Tak ada apa-apa. Aku bosan." aku menjawab sambil menyandarkan tubuhnya pada kerusi.
          Julia mengangkat kening. "Aik, sejak bila kau dah pandai bosan? Selalunya kau memerap aje dalam pejabat. Selagi tak pukul 5.00, selagi tu kau tak keluar. Pekerja contohlah katakan... "
          Alia mencapai pen pada bekas pen di atas meja. Tangannya memutar pen tersebut seperti helikopter.
          "Wei, kau ni macam budak-budak. Perangai tak berubah. Ingat zaman sekolah lagi ke?" Tegur Julia ketika melihat pen di tangan Alia berputar ligat. Dulu masa sekolah, selalu lawan siapa paling laju buat putaran tersebut.
          "Jealouslah tu. Aku tahulah jari kau tu dah keras. Dah tak boleh nak buat macam ni." Julia mencebik. "Helo, makcik... Cakap biar molek sikit." Julia mencapai pen dari bekas pensilnya lalu membuat putaran di hujung jarinya.
          "Ha, tengok, tengok... Aku dah cakap. Kau mana boleh lawan juara pen spin ni." Julia berkata bongkak.
          Alia mencebik. "Kata orang macam budak-budak, dia tu pun sama lapan kali empat." Alia mencampakkan pen tersebut di atas meja.
          "Serius. Kenapa kau datang sini? Kau bukan jenis kalau tak ada apa-apa, saja-saja nak lepak sini." Julia membuka dan menutup pen di tangan. Lebih kepada ingin melakukan sesuatu.
          "Aku ada berita, berita tergempar punya." Alia memeluk tubuh. 
           "Apa dia?" Julia bertanya teruja.
           "Adalah... " Alia menjawab sambil tersengih nakal.
           Julia menarik muka. "Cakaplah, saje aje nak buat orang suspens." Julia melontarkan pen ke meja.
          "Cuba kau teka." Aliah masih mahu berteka-teki.
          "Apa?" Julia mencerun. 
           Alia menentang pandangan Julia tanpa rasa gentar. "Tekalah." Alia memusingkan kerusi tersebut ke kiri dan ke kanan. Julia terdiam seketika seolah-olah berfikir. Kemudian, riak wajahnya tiba-tiba berubah.
          "Kau... kau... "Kata-kata Julia tersekat.
          Alia mengangkat kening. "Hmm?"
          "Kau jadi kahwin?" Julia bertanya penuh teruja. Alia tersentak. Hampir nak terbalik dari kerusi apabila mendengar kata-kata Julia itu. "Isy,simpang malaikat 44. Ada ke situ pulak." Alia merungut perlahan.
          Raut wajah teruja Julia bertukar kepada tanda tanya. "Dah tu, apa dia?"
          "Hmm, aku cakap mesti kau tak percaya."
          Julia membuat muka. "Alah, kalau nak nama Nuri Alia tu, semua benda boleh jadi. Alia ketawa. "Betul tu!" 
           "Jadi?" Julia menunggu dengan tidak sabar-sabar.
           "Jadi?" Alia masih mahu main tarik tali.
           "Lia!" Julia menjerit kuat. Geram dengan perangai sepupunya itu.
           Alia menutup telinganya. "Dah macam halilintar aje rasa." Alia ketawa.
          Julia menarik muka empat belas.
                    "Yalah, yalah... Apa yang kau cakap tu... " Julia kembali teruja.
           "Apa yang kau cakap tu kurang tepat. Maksud aku,aku tak jadi kahwin. Best, kan?" Alia tersengih. Julia keliru.
           "La, yang buat muka macam sawi sejuk tu kenapa? Tak happy ke aku tak jadi kahwin?" Alia bertanya pelik.
          Julia mengerutkan dahi. "Kenapa? Mak long dan pak long dah setuju ke yang kau tak kahwin dengan mamat tu?" 
           "Almost!"
          "Maksud kau?" Julia mempamerkan riak tanda tanya. Sungguhlah dia tak faham dengan sepupu dia seorang ni.
          "Aku dah jumpa mamat tu."
          "Kau apa?!" Julia bertanya kuat.
          Alia tersentak. "Ju, tolong jangan terpekik-pekik boleh? Sakit jantung aku ni." Alia mengurut dadanya.
          Julia tersengih. "Sorry,.. Bila kau jumpa mamat tu? 
          "Hmm, minggu lepas."
          "Oh, dating tak cakap... " Julia sengih nakal.
          Alia memutarkan bebola matanya. "Merepeklah kau. Aku jumpa dia pun pasal ada urusan."
          "Urusan apa? Bincang pasal hantaran?" Sengih masih tak hilang di bibir Julia.
          Alia tidak ambil pusing. "Aku minta dia cakap dengan parent dia supaya batalkan rancangan perkahwinan kami." 
          "Kau apa?"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Alia merenung kosong ke arah skrin komputer ribanya. Hampir satu jam dia berkeadaan begitu. Playlist Winamp pun dah tiga kali dimainkan. Namun, sebaris ayat pun tidak tertaip. Hatinya gelisah dan tidak tenang. Jantungnya pula berdegup kencang seolah-olah seperti mahu keluar dari tulang rusuknya.
          Alia cuba menumpukan perhatian pada manuskrip yang perlu disiapkannya, namun gagal. Fikirannya melayang ke ruang tamu. Dia bangun dari kerusi. Dia sudah tidak tahan. Sudah tidak sanggup lagi. Perlahan-lahan, dia berjalan menuju ke pintu bilik dan melekapkan telinga pada pintu tersebut. Cuba mengesan sesuatu, tetapi dia tidak mendengar sebarang bunyi di luar sana.
          Alia menegakkan badan. Dia menggigit bibir sebelum memulas tombol pintu perlahan-lahan. Cuba mengelakkan sebarang bunyi yang boleh menarik perhatian tetamu di bawah. 
          Alia menjenguk ke luar pintu memandang ke tangga. Suara-suara manusia sedang berbual-bual sayup-sayup kedengaran di ruang tamu.Dia cuba memasang telinga, menangkap butir bicara tetamu di bawah. Namun, gagal.
           Alia menutup pintu biliknya perlahan-lahan sebelum kembali ke meja kerjanya. Sesekali dia menjeling jam pada dinding.
          Isy, bila nak habis ni? Alia bertanya sendiri sambil melarikan tetikus secara rambang. Dia menongkat dagu sambil merenung skrin, membaca semula manuskrip separuh siapnya tanpa benar-benarmenumpukan perhatian. Walaupun dia tahu benar kenapa tetamu itu datang ke rumahnya, namun dalam hatinya tetap ada debaran. Dia cuba membayangkan bagaimanakah penerimaan ibu dan abahnya mengenai keputusan itu? Kecewakah? Sedih? Dia tidak pasti.
           Memandangkan fikirannya tidak boleh kepada manuskrip yang cuba disiapnya, Alia melayari Internet. Setelah penat melayari Internet, dia bangun dan mencapai novel yang terletak di atas meja kerjanya sebelum berjalan menuju ke katil. Direbahkan tubuhnya ke atas katil empuk tersebut sebelum membaca novel kegemarannya itu. Namun, dia masih tidak mampu menumpukan perhatian pada bacaan tersebut.
          Alia merenung siling. Betul kata orang, menunggu itu suatu penyeksaan.
          Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Dia spontan bangun dari baringan. Dadanya kembali berdebar kencang. Dia melangkah ke pintu dengan perlahan-lahan dan terhenti seketika di belakang pintu. Dia menelan air liur beberapa kali. Dengan lafaz bismillah, dia memulas tombol pintu perlahan-lahan.
          "Adik... "
          "Err, ibu... " Alia membuka pintu lebih luas. Ibu masuk ke dalam bilik. Riak wajah ibu sukar untuk digambarkan ketika itu.
          Alia menarik nafas panjang. Tahu benar yang ekspresi wajah ibunya mungkin ada kaitan dengan hasil perbincangan tadi.
          "Ibu, tak apalah,orang dah tak sudi."
          "Tarikh dah ditentukan. Ibu sangat gembira." Ibu memeluk Alia erat. Alia terpinga-pinga dalam pelukan ibunya.
          "Minggu depan bertunang. Tiga bulan lepas tu, terus majlis akad nikah." Ibu tersenyum berseri-seri.
          Alia tergamam. Otaknya ligat berfikir, cuba mencerna apa yang baru sahaja didengarinya. Nanti sekejap. Ini bermakna... 
           "Apa maksud ibu?" Alia bertanya tergagap-gagap.
           "Adik, kami dah berbincang. Ibu, abah dan keluarga pihak lelaki dah sepakat nak adakan majlis pertunangan kamu berdua dalam masa seminggu, lepas tu majlis akad akan diadakan bulan enam nanti." Ibu menjawab sambil menarik tangan Alia sebelum mereka berdua duduk di hujung katil.
          Alia bungkam. Tidak benar-benar tahu apa yang berlaku. Ini bukan perancangannya. Ini musibah. Mengikut perancangannya, perkahwinanini tak sepatutnya berlaku. 
          "Err... Ibu, mereka memang tak batalkan rancangan perkahwinan ni ke?" Alia bertanya tersekat-sekat.
          Ibu merenung wajah Alia sambil mengerutkan dahi. "Kenapa pula mereka nak batalkan rancangan perkahwinan ini? Lagipun, Syah dah setuju."
          "Siapa?" 
           "Syah, bakal suami adik."
          Alia terkedu saat mendengar perkataan 'bakal suami'. Perasaan geram dan marah mula menguasai dirinya. Dia mengetap bibir perlahan. Nampaknya dia sedang dipermainkan.
          Alia menarik nafas perlahan, cuba menenangkan perasaan marah yang sedang mengelegak dalam dirinya.
          "Tak apalah, adik berehatlah. Esok kerja, kan? Hal majlis adik, biar ibu uruskan." Ibu berdiri. Alia mendongak memandang wajah ibunya yang berseri-seri itu.Dia cuba mengukir senyuman seolah-olah turut gembira dengan berita tersebut. Tetapi hakikatnya, berjela-jela sumpah seranah terhadap lelaki itu.
          "Ibu... Err... " Alia menggigit bibir. Tidak tahu bagaimana hendak meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.
          "Ada apa?" Ibu bertanya lembut. Senyum tidak lekang di bibir tua itu. Alia berasa serba salah. Dia tidak sanggup melenyapkan senyuman itu. "Tak ada apa-apa. Selamat malam ibu. Adik sayang ibu." Alia memeluk ibunya.
          Ibu mengusap belakang badan Alia. "Ibu pun sayang adik. Sudahlah, pergi tidur. Jangan berjaga lewat sangat. Nanti kulit muka tu tak cantik. Mata sembab. Macam mana nak bertunang nanti." Ibu senyum lagi.
          Alia tersenyum pahit ketika ibu menutup pintu biliknya itu. Alia tersandar di belakang pintu. Tidak benar-benar tahu apa yang sedang berlaku. Mimpi ke? Minggu depan nak bertunang? Tiga bulan lepas tu terus kahwin? Mimpi ngeri apakah ini?
          Alia segera menuju ke meja kerjanya, mencapai beg tangannya lalu menyelongkar segala isi beg tersebut. Tangan itu mencapai telefon bimbit dan mula mendail nombor telefon Syah. Perasaan marah kembali menguasai dirinya. Tangannya digenggamkan kerana terlalu marah. Namun, telefon tersebut berdering tanpa dijawab.
          Alia memutuskan taliandan mencampakkan telefon tersebut di atas meja apabila peti pesanan suara yang menyambut panggilannya. Dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Perasaan marah meluap-luap dalam diri. Dia mencapai bantal lalu ditekap ke muka. Dia menjerit sekuat-kuat hati.. Dalam masa yang sama, dia menekan kuat bantal tersebut sekuat yang boleh.
          Apa masalah mamat ni? Orang call tak nak angkat. Hari tu cakap nak ikut pelan. Sekarang pelan ke mana, dia pun entah ke mana. Argh! 
          Alia mencampakkan bantal tersebut ke tepi. Deringan telefon membuatkan dia segera bangun lalu menuju ke meja kerja. Dia mencapai telefon tersebut dan menekan butang hijau tanpa melihat pada skrin telefon. 
           "Helo! Awak ni kenapa hah! Hari tu cakap nak ikut pelan."
           "Lia... "
           Alia terdiam seketika. Dia segera merenung skrin telefon bimbit tersebut sebelum meletakkan kembali telefon tersebut di telinga.
           "Lia, kau kenapa? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba nak mengamuk kenapa? Rumah kau dilanda puting beliung ke?" Suara Julia sayup-sayup di sebelah sana.
           Alia menarik kerusi lalu bersila di atas kerusi tersebut. "La, kau rupanya. Aku ingat mamat tu. Nak apa call aku malam-malam ni?" Alia bertanya sambil menyandarkan tubuh ke kerusi. Tangannya menarik sepit rambut di kepalanya dan membiarkan rambutnya terurai.
          "Eh, mamat mana pulak yang kau tunggu malam-malam ni?" Tanya Julia separuh mengusik. Alia memutarkan bebola matanya. Dia membayangkan wajah Julia ketika itu. Pasti sepupunya itu sedang tersengih macam kerang busuk. 
           "Tak ada apalah. Kau nak apa call aku malam-malam ni?"
           "Alah, dengan aku pun nak berahsia. Cakaplah. Kau tunggu siapa?"
           "Mana ada. Isy, kau nak cakap ke tak nak? Kalau tak nak, aku nak letak. Nak tidur." Alia berkata separuh mengugut.
           "Alah... Kau ni tak sportinglah. Tanya sikit nak marah. Yalah, yalah... Aku call pasal nak ucap tahniah." Alia mengerutkan dahi.
          "Tahniah kenapa pulak?"
          "Tahniah kerana kau akan menjadi tunang orang dan isteri orang tak lama lagi." Julia berkata sambil ketawa. 
           Alia mengetap bibir. "Apa kau merepek ni? Siapa cakap aku nak kahwin?"
           "Eh, mak longlah cakap. Dia baru call mak aku tadi, cakap kau nak bertunang minggu depan. Bukan ke? Aku salah maklumat ke?"
           Alia menarik rambut depan yang terjuntai melepasi dahi.
           "Lia! Helo! Lia! Aik, tidur dah ke minah ni. Lia!"
           Alia menjarakkan telefon tersebut dari telinganya. "Wei, yang kau memekik malam-malam buta ni kenapa? Buang tebiat ke?" Alia merungut perlahan.
          "La, aku ingat dah hanyut. Kau ni jadi kahwin ke tak? Mak long cakap minggu depan kau bertunang. Yang kau pulak cakap tak jadi kahwin. Mana satu yang betul? Aku pun dah naik pening."
          "Entahlah, Ju... Aku pun sama pening. Kau tahukan rancangan aku macam mana? Aku ingatkan family mamat tu datang nak batalkan perkahwinan, alih-alih ibu aku cakap tarikh dah ditetapkan. Aku call mamat tu, tak angkat pulak. Geramnya!" Alia mengeluh berat.
           "Oh, tu sebab kau mengamuk tak tentu pasal tadi. Marahkan bakal suami kau tu ya... ?" Julia berkata separuh mengusik.
           Alia mengetap bibir. "Kau jangan sebut-sebut perkataan tu. Aku debik baru tahu!"
          Julia ketawa besar.
          "Kau ni macam budak-budak. Dah nak kahwin pun perangai tak berubah." Julia masih lagi ketawa.
          "Ju, aku bagi amaran, kalau kau cakap lagi..."
          "Yalah, yalah... Garang macam rimau. Aidil dah tahu ke?" Suara Julia terputus-putus. Mungkin liputan kurang jelas.
           "Siapa?" Alia bertanya sambil tangan melarikan tetikus ke arah butang pause di Winampnya.
           "Aidil. Buah hati pengarah jantung kau tu, dia dah tahu kau nak... Err... " Julia teragak-agak untuk menyambung ayat seterusnya.
          "Belum. Dia pun dah lama tak call aku." 
          "Hmm, tak apalah Lia. Aku nak letak dulu ni. Mengantuk pula. Jumpa esok kat kolej. Goodnight. Bye!" 
           "Bye." Alia memutuskan talian. Telefon tersebut dia letak di atas meja. Alia termenung seketika sebelum bangun dan melangkag lemah ke katil. Matanya menjeling jam pada dinding. Hampir tengah malam. Ini kalau tidur lambat, mahu terbabas esok pagi.
           Alia berbaring dan menarik bantal busuknya. Cuba memejamkan mata dan memaksa diri untuk tidur. Namun, kata-kata ibunya berlegar-legar di dalam benaknya. Perasaan takut mula menguasai dirinya. Bagaimanakah kalau perkahwinan ini memang tidak dapat dielakkan? Bagaimana kalau dia memang telah ditakdirkan?
           Alia menelan air liur yang terasa berpasir. Dia tidak akan berputus asa. Dia akan melakukan segala usaha untuk menggagalkan rancangan perkahwinan yang tidak masuk akal ini, sekalipun terpaksa meminta bantuan Aidil.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syah berjalan keluar dari bilik air sambil menggosok rambutnya dengan tuala. Badannya terasa segar sedikit setelah mandi. Hari ini terlalu banyak sangat kerja di pejabat sehingga sampai rumah pun sudah hampir pukul 10.00 malam. Tangannya spontan mencapai telefon bimbit. Keningnya terangkat ketike melihat nama gadis itu naik di skrinnya. Mungkin gadis itu menelefonnya ketika dia sedang mandi.
          Syah berjalan menuju ke katil lalu duduk bersandar di kaki katil. Hatinya teragak-agak sama ada mahu menelefon semula gadis itu atau hanya membiarkan sahaja. Dia seolah-olah mengetahui kenapa gadis tersebut menghubunginya. Bibirnya tersenyum pahit apabila membayangkan reaksi gadis itu ketika ini. Lantas dia mendail semula nombor telefon gadis tersebut sebelum memutuskan talian semula.
          Syah meletakkan telefon bimbit tersebut di atas meja di hujung katil. Dia menyandarkan leher sambil memejamkan mata. Cuba tidak memikirkan tentang gadis itu. Hatinya tertanya-tanya apakah yang akan dilakukan oleh gadis itu sekiranya mereka berjumpa? 
           Syah bangun lalu merebahkan diri di atas katil. Fizikal dan mentalnya terasa penat. Dia menutup lampu meja yang terpasang dan terlena selepas beberapa saat meletakkan kepala di atas bantal.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alia mundar-mandir ke kiri dan ke kanan. Hampir sepuluh minit dia berkeadaan begitudan dia nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.
           "Awak, boleh tolong berhenti mundar-mandir macam tu? Awak buat saya pening."
          Alia terhenti secara spontan. Dia menjeling tajam ke arah tuan punya suara. Dia kemudian melangkah mendekati meja lalu menahan tubuh di atas meja itu dengan kedu-dua belah tangannya. Matanya masih tajam merenung lelaki itu.
          "Apa yang awak rancang sebenarnya ni?" Tanya Alia keras.
          "Apa maksud awak?" Syah bertanya cuba membetulkan kedudukannya pada kerusi empuk itu.
          Alia mengetap bibir. "Awak faham maksud saya, kenapa awak tak ikut rancangan kita?"
          "Rancangan apa?" Syah bertanya sambil mencapai tracing paper dia atas mejanya. Tangannya membuka gulungan tersebut dan dibentangkan dia atas meja.
          Alia mengerutkan dahi. Kita tengah bercakap, dia boleh pula buat kerja lain. Alia mengerutu dalam hatinya. Alia menarik kerusi, lalu dihempaskan tubuhnya pada kerusi tersebut. Syah tidak ambil pusing. Matanya sibuk memerhatikan pelan dihadapannya.
          "Rancangan nak gagalkan perkahwinan kita, dah lupa ke?" Alia berkata sinis. 
           "Itu rancangan awak, bukan saya." Syah menjawab selamba.
           Alia membulatkan matanya merenung Syah yang masih tidak mengangkat muka daripada pelannya.
          "Memanglah rancangan saya, tapi kan awak dah setuju nak tolong saya. Awak cakap awak akan pastikan mak dan ayah awak batalkan rancangan ini." Alia bersuara keras, sakit hati melihat sikap acuh tidak acuh lelaki dihapannya itu.
           "Saya dah buat yang termampu." Syah menjawab sambil melukis di atas tracing paper.
           Alia memeluk tubuh. " Habis tu macam mana sekarang ni?" Syah hanya mendiamkan diri. Khusyuk meneliti kertas itu.
           Alia semakin geram. Aku ni cakap dengan tunggul kayu ke apa? Ke dia anggap aku macam tunggul kayu? Alia merungut dalam hati.
          "Awak dengar ke tak apa saya cakap ni?" Alia bertanya lagi. Hampir hilang sabar dibuatnya.
          Syah mengangkat kepala, memandang wajah Alia yang tegang itu. "Habis tu awak nak suruh saya buat apa?" Syah menyandarkan tubuh ke kerusi kulit berwarna hitam itu. Tangannya memutar technical pen di tangan.
          "Manalah saya tahu, ini semua salah awak!" Alia menjawab keras. Matanya ditumpukan pada technical pen di tangan Syah.
          "Apa pulak salah saya!" 
          "Dah tu, salah siapa? Saya?" Dahi Alia berkerut. Kita punyalah serabut, dia boleh pula selamba aci buat kerja macam tak ada apa-apa berlaku.
          "Saya tak tahu apa nak buat sekarang. Keluarga kita dah tentukan nak teruskan juga perkahwinan ini, jadi saya rasa kita tak ada pilihan melainkan... "
          "Mana boleh! Saya tak nak kahwin dengan awak!" Alia berdiri. Tangannya digenggam. Dadanya turut naik menahan perasaan marah. 
           Syah tercengang seketika. Ini apa pula dah gaya macam nak mengamuk aje. Alia menarik nafas panjang, cuba bertenang. Dia kemudian duduk semula dan menyilangkan kaki.
          "Baiklah, kalau awak tak nak tolong saya halang perkahwinan ini, saya sendiri akan buat. By hook or by crook." Alia bangun semula, mencapai beg tangannya, berjalan menuju ke pintu dan menghempaskan pintu pejabat Syah sekuat-kuat hatinya. 

No comments:

Post a Comment